Monday, 21 May 2012

membudayakan koncep ict dikalangan jururawat


KEBAIKAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN



Secara umumnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan mempunyai pelbagai kebaikan iaitu:

  1. Memotivasikan pelajar.
  2. Mengaitkan dengan kehidupan 
  3. Alat sokongan dan perkongsian
  4. Memertabatkan profesion
  5. Mengurangkan kos

FAEDAH- FAEDAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Kesan dan faedah adalah seperti berikut:
  1. Boleh menjadikan pendidikan lebih produktif
  2. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersifat 'indivudual'
  3. Menjadikan pengajaran lebih berasaskan kepada hasil- hasil kajian yang lebih saintifik
  4. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersemangat dan bertenaga
  5. Boleh menjadikan pembelajaran pelajar itu lebih hampir dengan keadaan sebenar 
  6. Boleh menjadikan pendidikan itu lebih seimbang




ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN PENDAPAT DI ATAS

7 comments:

  1. Saya setuju dengan pendapat di atas. Pelbagai faedah dan kebaikan yang dapat diperolehi melalui ICT.

    ReplyDelete
  2. Seseorang jururawat dapat merangka perawatan yang berkesan dan berterusan bagi membawa perubahan dinamik dalam penjagaan dan perawatan pesakit. Kelebihan internet secara berterusan dapat membantu jururawat dalam melancarkan proses jagarawatan pesakit melalui pelbagai perkara contohnya dari segi perawatan,ubat-ubatan,penjagaan rawatan pesakit dirumah,rawatan susulan,keselamatan pesakit di wad dan dirumah.Dengan adanya internet berterusan di dalam bidang kejururawatan ini dapat meningkatkan pendidikan jururawat dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi pesakit-pesakit.

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju bahawa penggunaan ICT dalam bidang perubatan dan kesihatan atau hospitaliti di kalangan jururawat dapat membantu jururawat melakukan jagarawatan ke atas pesakit dengan lebih efisien dan selamat. Di samping itu jururawat mendapat maklumat terkini mengenai jagarawatan pesakit. Justeru itu penggunaan ICT amat penting kepada jururawat dan perlu dipraktikkan di dalam kerjaya kejururawatan..

    ReplyDelete
  4. Selari dengan perkembangan teknologi perubatan, inovasi teknologi maklumat juga telah memudahkan maklumat disampaikan kepada mereka yang dipertanggungjawab mengendali teknologi berkenaan terutama para jururawat. Oleh itu, adalah penting bagi jururawat untuk sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi bagi memastikan sumbangan mereka sentiasa relevan.

    ReplyDelete
  5. Pembelajaran inovasi dan teknologi di kalangan jururawat perlu diterapkan untuk menghasilkan budaya kerja yang progresif selari dengan dasar kementerian kesihatan.

    ReplyDelete
  6. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
    “Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
    Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan.”

    NOR RINA MAHAWAR (A134817)

    ReplyDelete
  7. Saya amat bersetuju bahawa membudayakan ICT di kalangan jururawat adalah satu keperluan di dalam memantapkan kualiti perkhidmatan kejururawatan di mana memerlukan kemahiran serta kepakaran khas di dalam bidang tersebut.Kita perlu bergabung tenaga dalam mencetuskan idea-idea untuk melakukan penambahbaikan demi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi melalui bidang kepakaran.
    SITI ROKIAH YUSOF ( A134816 )

    ReplyDelete